Pages

Wednesday, November 12, 2014

SUP SAYUR LOBAK PUTIH BERSAMA KUPANG-ringkas,sedap dan berkhasiat...

Hari ni Che Ta nak berkongsi resepi yng mudah tapi berkhasiat..Sup lobak putih..Mungkin ada yang tak pernah makan sayur lobak putih..Lihat je,tapi tak pernah nak mencuba memasaknya..Samalah macam Che Ta..
Cuma semalam Che Ta terjumpa dengan kawan lama.Cerita punya cerita,dia tercerita tentang anaknya yang sedang menghidapi jangkitan saluran kencing.Kesian..masih anak-anak lagi dah terkena jangkitan sebegini..Puncanya,sebab banyak makan jajan (junk food),minum air bergas dan kurang minum air masak.
Sebagai ibu yang perihatin dan sayangkan anak-anak,rajin-rajinlah perhati apa yang anak-anak kita makan seharian,terutama bila mereka tidak bersama-sama kita,tanya apa yang mereka makan..
Mencegah lebih baik dari mengubati..
Che Ta teringat masa kecil-kecil dulu,mak rajin masak sup lobak putih..Sambil-sambil memasak tu dia cerita pasal khasiat lobak putih ni..Masyaallah,elok sangat kita jadikan amalan memakan lobak putih ni..Jom..Che Ta cerita khasiatnya..


                                           MURAH TAPI BANYAK KHASIATNYA.

KHASIAT LOBAK PUTIH


  1.  Baik untuk membanyakkan susu ibu bagi yang menyusukan bayi.
  2.  Boleh melegakan masalah penghadaman bagi mereka yang selalu menghadapi          masalah perut meragam dan sembelit.
  3.  Meredakan masalah kencing tidak lawas kerana jangkitan kuman dan juga mereka      yang menghidap batu karang kerana kesan antiseptik darinya.
  4.  Meredakan selsema kerana kandungannya yang kaya dengan  vitamin C.Sudah          pasti boleh mencantikkan kulit,rambut,gigi,gusi dan kuku.
  5.  Bagi perokok tegar,kandungan minyak atrisi dan rafarin dapat meneutralkan racun      rokok.Untuk mengatasi masalah sesak nafas atau sakit pari-paru akibat tabiat  merokok yang  melampau.boleh gunakan perahan air lobak putih.Jadikan amalan  meminum air perahan tadi selama 3 bulan.
Ini adalah antara khasiat yang terdapat di dalam lobak putih.Ada lagi kebaikan-kebaikan yang lain terkandung di dalamnya..
Che Ta nak kongsi resepi mudah dan sedap hingga menghirup kuah..

                                     PILIH KUPANG YANG FRESH..BARU SEDAP

                     CAMPURKAN SEDIKIT DENGAN LOBAK MERAH PUN BOLEH.
SUP LOBAK PUTIH BERSAMA KUPANG


1 batang lobak putih (dihiris mengikut suka)
1/2 kg kupang (boleh diganti dengan kepah,remis atau apa saja makanan laut .sedap juga                            dengan secubit ikan bilis dibelas dua).
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu teh lada hitam (kisar)
garam
secubit gula sebagai pembangkit rasa
Air secukupnya.

Cara-cara:

Rebus kupang sehingga terbuka kulitnya.Asingkan isi dan kulit.Ketepikan
Renih bawang merah,putih.Kalau guna ikan bilis,renihkan sekali dalam anggaran 7 minit dalam air hingga mendidih.
Masukkan lobak putih tadi.Anggaran 5 minit kemudian masukkan kupang yang telah dikopek tadi.
Masukkan lada hitam,garam dan gula.
Siap untuk dihidang.. SELAMAT MENJAMU SELERA..

JANGAN LUPA MULAKAN DENGAN BISMILLAH...

*p/s:kupang dimasukkan kemudian sebab ianya sudah masak dan kita tak mahu ia menjadi liat jika terlebih masak.. :)





Thursday, November 6, 2014

RESEPI MEE UDANG..pastinya SEDAP dan MUDAH!


Bulan lepas pada 30/10/2014 genap umur anak Che Ta yang bongsu 7tahun..Takde le celebrate apa2 majlis.Cuma EN SUAMI bawa famili pergi makan-makan je..
Sejak dah masuk 4series,Che Ta lebih sensitif bab-bab kekeluargaan..Penting rasanya kita mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga..Lagilah dalam zaman yang serba mencabar.Masing-masing dengan dunia sendiri disebabkan masing-masing mempunyai gadget sendiri,tenggelam dalm dunia sendiri..Berbeza dengan zaman kita kecil dulu-dulu..

Jadi antara perkara yang patut kita ambil berat ialah ingat tarikh lahir ahli keluarga kita.
Ambil peluang raikan bersama...Tak perlu buat majlis besar-besar..
Si ibu masaklah menu yang istimewa sikit untuk keluarga tercinta pada tarikh-tarikh tu..
Pasti anak-anak akan ingat sampai mereka dewasa.
Macam Che Ta sendiri..teringat-ingat emak buat cekodok special masa besday dulu..Tak perlu makanan yang susah-susah nak buat..Cukup dibuat dengan kasih sayang..Insyaallah semuanya masih terkesan dan menjadi kenangan.. :)
Sorilah iya..membebel le pulak..hihi..




Kebetulan minggu lepas pergi ke kedai runcit,ternampak ada pulak si udang harimau ni..harga pun masa tu berpatutanlah kot..Cakap dengan si anak kecil Muaz..Hari ni ummi masak special untuk Muaz..Mee Udang..Tapi budak-budak..manalah dia tahu sangat...Hihi..Ummi Muaz yang lebih-lebih..Asal masak special sikit,cakap dengan dia,ni masak untuk celebrate besday Muaz..Pening budak tu tengok ummi dia..
Jom kita tengok resepi..

BAHAN-BAHAN (5-6 orang makan)

1/2KG             UDANG HARIMAU              (apa2 udang pun boleh,tapi biar yg besar sikit)
10 TANGKAI  CILI KERING *                      (rebus bagi lembut)
1 BIJI              BAWANG BESAR*         (kalau pakai bawang merah,anggaran dalam 8biji)
4 ULAS           BAWANG PUTIH*
1 KETUL         KELEDEK -direbus dan dikisar  (boleh ganti dengan kentang dalam 2biji)
SEDIKIT         UDANG KERING*                      (anggaran dalam rm2)
1/2 BOTOL     SOS TOMATO
1/4 BOTOL     SOS CILI
1 TIN KECIL   TOMATO PUREE (kalau takde pun takpe..ganti dgn buah tomato kisar dalam                                                        3 biji)
1 ketul kiub pati ikan bilis
 SEDIKIT MINYAK UNTUK MENUMIS
GARAM DAN GULA

Bahan tambahan:

taugeh
sawi
telur rebus
lada merah dihiris bulat-bulat
tauhu
limau kasturi
bawang goreng

CARA-CARA:

Kisar yang bertanda *.Nak kisar asing-asing pun boleh.Cuma Che Ta suka mudahkan cara.
Panaskan minyak,tumis bahan kisar.Kacau supaya tidak hangit.Bila dah pecah minyak,masukkan air anggaran satu jag.
Masukkan sos tomato,sos cili, tomato puree dan kiub ikan bilis.(kalau nak tambah lagi sos-sos tadi..boleh je..ikut rasa sedap lidah kita).
Tunggu hingga mendidih.Masukkan keledek yang sudah dihancurkan.Bolehlah masukkan garam dan gula.Tunggu mendidih.
Akhir sekali masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi.Didihkan selama 10 minit, 
Jangan didihkan udang terlalu lama,nanti ia akan liat dan keras.
Bila semua dah cukup rasa,bolehlah dihidangkan sesuka hati..

SELAMAT MENCUBA..


                                     INILAH RUPA BAHAN YANG BARU DITUMIS



 RUPA BAHAN TUMISAN YANG DAH PECAH MINYAK


SETELAH MASUKKAN AIR,BOLEHKAN MASUKKAN KELEDEK YG DAH DIKISAR


DAH MENDIDIH,AKHIR SEKALI MASUKKAN UDANG


DI SINI,CHE TA TUKAR CARA..TELUR DIPECAHKAN TERUS DALAM KUAH,ALA-ALA MEE BANDUNG.SUKA MAKAN TELUR YANG MASIH CAIR.


SUDAH SIAP..BOLEHLAH DIHIDANGKAN BERSAMA-SAMA BAHAN HIASAN TADI..


SELAMAT MENJAMU SELERA..MULAKAN DENGAN BISMILLAH...









Saturday, October 25, 2014

RESEPI CUPCAKE MUDAH DAN SIMPLE

Rasanya baru saja kita menyambut tahun baru Awal Muharram.Kini ia datang lagi.Menandakan bertambah lagi usia kita.Ramai ke yang memperbaharui azam? Tak salah rasanya kalau kita berazam benda yang baik-baik.Buat diri Che Ta,memang sentiasa berazam untuk jadi yang lebih baik.Walaupun belum tercapai,moga-moga Allah pandang segala usaha yang dilakukan.Caiyok-caiyok..

Che Ta tak nak membebel lebih-lebih..Sempena kedatangan tahun baru ni,che Ta nak berkongsi satu resepi cupcake yang cukup mudah,senang,jimat...yang penting sedap dan tahan lama walaupun tanpa pengawet.

Sudah lebih 20tahun Che Ta gunakan resepi ini untuk jualan.Dari harga 40sen sebiji,sampai dah naik rm1 sebiji.Resepi ni Che Ta dapat dari seorang kawan,seorang ibu tinggal(betulll..kena tinggal).Dia bancuh adunan cupcake tu guna blender biasa je..Blender yang kita guna kisar cili.Tapi manalah tahan..Selang beberapa bulan,kena beli blender baru..Mana taknya,cupcake dia laku keras.

Dia bagi Che Ta resepi ni percuma saja.Tanpa bayaran walaupun sesen.Baik sungguh hati budinya.Semoga Allah sentiasa memberi rahmat ke atas kawan tadi.

Jadi Che Ta pun nak bagi percuma je resepi ni..Semoga dapatlah pahala amal jariah hendaknya.. :) AMINNNN...

jom tenguk gambar cupcakenya dulu..lembut,gebu,lembab..









Ini resepinya,semoga bermanfaat..Selamat mencuba..


RESEPI CUP CAKE
10 biji                      telur (saizB)
420 g                      gula halus
500g                       tepung kek *
14g                         baking powder *
5g                           soda bikarbonat *
2/3 sudu besar       super sponge(ovelette)
1/3 cawan              sunquick
1 sudu teh             pewarna oren (optional)
430g                      minyak masak

CARA:
Ayak bahan-bahan yang bertanda *.

Campurkan ke semua bahan-bahan kecuali minyak.

Pukul sehingga kembang anggaran 10minit di dalam mixer.

Gunakan had kelajuan tinggi.

Bila sudah kembang,masukkan minyak dengan kelajuan rendah sekadar untuk
 minyak sebati dengan bancuhan tadi.

Masukkan ke dalam cawan kertas mengikut kesukaan.

Bakar selama 30minit,suhu 180c.

Tuesday, October 21, 2014

RESEPI ASAS ROTI..SEMESTINYA GEBU,LEMBUT DAN SEDAP

 Lama sungguh tak mengajar membuat roti.Bila di pelawa oleh pihak pengurusan mini RTC Paya Jaras untuk buat kelas mengajar roti,Che Ta tak lepaskan peluang ni..Maklum saja,lama tak asah bakat.
Alhamdulillah,tak sampai seminggu perbincangan dengan pengurus mini RTC,Puan Hazlina Idham,kelas asas roti berjaya dilaksanakan.




Che Ta sedang menunjukkan cara-cara menguji doh roti sudah cukup sebati atau belum..Khusyuk sungguh para peserta mendengar penerangan.