Cuma semalam Che Ta terjumpa dengan kawan lama.Cerita punya cerita,dia tercerita tentang anaknya yang sedang menghidapi jangkitan saluran kencing.Kesian..masih anak-anak lagi dah terkena jangkitan sebegini..Puncanya,sebab banyak makan jajan (junk food),minum air bergas dan kurang minum air masak.
Sebagai ibu yang perihatin dan sayangkan anak-anak,rajin-rajinlah perhati apa yang anak-anak kita makan seharian,terutama bila mereka tidak bersama-sama kita,tanya apa yang mereka makan..
Mencegah lebih baik dari mengubati..
Che Ta teringat masa kecil-kecil dulu,mak rajin masak sup lobak putih..Sambil-sambil memasak tu dia cerita pasal khasiat lobak putih ni..Masyaallah,elok sangat kita jadikan amalan memakan lobak putih ni..Jom..Che Ta cerita khasiatnya..
MURAH TAPI BANYAK KHASIATNYA.
KHASIAT LOBAK PUTIH
- Baik untuk membanyakkan susu ibu bagi yang menyusukan bayi.
- Boleh melegakan masalah penghadaman bagi mereka yang selalu menghadapi masalah perut meragam dan sembelit.
- Meredakan masalah kencing tidak lawas kerana jangkitan kuman dan juga mereka yang menghidap batu karang kerana kesan antiseptik darinya.
- Meredakan selsema kerana kandungannya yang kaya dengan vitamin C.Sudah pasti boleh mencantikkan kulit,rambut,gigi,gusi dan kuku.
- Bagi perokok tegar,kandungan minyak atrisi dan rafarin dapat meneutralkan racun rokok.Untuk mengatasi masalah sesak nafas atau sakit pari-paru akibat tabiat merokok yang melampau.boleh gunakan perahan air lobak putih.Jadikan amalan meminum air perahan tadi selama 3 bulan.
Ini adalah antara khasiat yang terdapat di dalam lobak putih.Ada lagi kebaikan-kebaikan yang lain terkandung di dalamnya..
Che Ta nak kongsi resepi mudah dan sedap hingga menghirup kuah..
PILIH KUPANG YANG FRESH..BARU SEDAP
CAMPURKAN SEDIKIT DENGAN LOBAK MERAH PUN BOLEH.
SUP LOBAK PUTIH BERSAMA KUPANG
1 batang lobak putih (dihiris mengikut suka)
1/2 kg kupang (boleh diganti dengan kepah,remis atau apa saja makanan laut .sedap juga dengan secubit ikan bilis dibelas dua).
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sudu teh lada hitam (kisar)
garam
secubit gula sebagai pembangkit rasa
Air secukupnya.
Cara-cara:
Rebus kupang sehingga terbuka kulitnya.Asingkan isi dan kulit.Ketepikan
Renih bawang merah,putih.Kalau guna ikan bilis,renihkan sekali dalam anggaran 7 minit dalam air hingga mendidih.
Masukkan lobak putih tadi.Anggaran 5 minit kemudian masukkan kupang yang telah dikopek tadi.
Masukkan lada hitam,garam dan gula.
Siap untuk dihidang.. SELAMAT MENJAMU SELERA..
JANGAN LUPA MULAKAN DENGAN BISMILLAH...
*p/s:kupang dimasukkan kemudian sebab ianya sudah masak dan kita tak mahu ia menjadi liat jika terlebih masak.. :)
No comments:
Post a Comment