Sebenarnya Che Ta terajin nak masak ikan stim asam boi ni kerana melihatkan ada banyak asam boi dalam peti ais.Semua ni gara-gara tsunami "jeruk asam boi"..HIHI..Punyalah bersemangat nak buat jeruk tersebut,Che Ta beli sepeket besar asam boi.Tak membazir pun,boleh buat lagi jeruk tu bila tiba musim mangga nanti.
Pokok di depan rumah pun dah berbunga lebat.Insyaallah akan merasalah nanti jiran-jiran Che Ta dengan hasil tangan "jeruk asam boi" yang sedap.. Eloklah kita berbagi-bagi rezeki,,Insyaallah rezeki kita lebih berkat..Amin
Oklah,dok menyembang lebih-lebih pulak..
Jom kita tengok resepi yang mudah ni..
IKAN SIAKAP STIM ASAM BOI
1 EKOR IKAN SIAKAP (cuci bersih dengan air asam jawa)
2 batang serai (racik )
5 biji cili padi (potong-potong)
2 inci halia (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 labu bawang besar (hiris)
5-10 biji asam boi
2 biji limau nipis
1 sudu makan sos ikan (tak letak pun takpe)
1 sudu makan sos tiram
Sedikit daun ketumbar (hiris)
Garam dan gula secukup rasa (anggaran 1 sudu teh sahaja)
Sayur-sayuran yang boleh diletak bersama-sama dengan ikan tadi :-
Lobak merak (hiris menanjang)
Cendawan (siat-siat)
Kobis bunga/kobis panjang
Pak choy
Tomato
Tauhu Jepun/Tauhu telur
CARA:
Ikan dibasuh dengan asam jawa bagi menghilangkan hanyir.
Sediakan kukusan .
Lumurkan ikan dengan sos ikan,sos tiram,garam dan gula.
Letak ikan dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.
Taburkan serai,cili padi,halia,bawang merah/putih,asam boi.
Kukus dalam bekas pengukus.
Lepas 10 minit buka penutup,masukkan sayur-sayuran pilihan tadi..
Tapi kali ni Che Ta nak cepat,Che Ta letakkan semua sekali..Boleh juga,cuma sayur-sayuran tadi lebih layu ..
Kukus lagi 10 minit..
Dah siap,sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Sesuai untuk mereka yang nak diet,yang baru baik demam.Insyaallah berselera mereka makan,sebab ada rasa masam,masin dan sikit manis..
SELAMAT MENCUBA..JANGAN LUPA BACA BISMILLAH...
Macam kurang je sayuran tadi..Kita tambah lagi..sedappp.. :)
MAAF ..GAMBAR SELEPAS IKAN STIM NI MASAK TAK SEMPAT NAK SNAP..TERLUPALE PULA..HIHI
No comments:
Post a Comment