ASSALAMUALAIKUM..hari ni Che Ta nak kongsi satu resepi kentang lecek atau mashed potato yang sedappp...Masyaallah,memang sedap.Selama ni hanya tahu membeli je di KFC atau beli yang ready made di pusat bakeri.Rupanya kalau buat sendiri lebih sedap dan murah pulak tu..Yang paling utama,ahli keluarga tetap merasa dari air tangan kita sendiri. Dah confirm bersih,suci dan halal.
Jom kita kongsi resepinya
BAHAN-BAHAN
* 6 BIJI KENTANG (KUPAS KULIT DAN REBUS HINGGA LEMBUT)
* 2 SUDU BESAR MENTEGA @ MARGERINE
* 1 KOTAK KECIL SUSU SEGAR
* SEDIKIT GARAM
* SEDIKIT SERBUK LADA SULAH
CARA-CARA:
Kentang yang sudah direbus tadi dilecek sehingga lumat.Masukkan mentega,lada sulah,garam.
Bila sudah sebati,masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan yang kita mahu.Boleh kita tambah atau kurangkan susu ikut citarasa dan selera kita.
Begitu juga boleh tambah atau kurangkan garam dam lada sulah tadi.
Gaul hingga sebati ..Dah siap dan boleh dihidangkan.
CC
No comments:
Post a Comment