Che Ta tak nak membebel lebih-lebih..Sempena kedatangan tahun baru ni,che Ta nak berkongsi satu resepi cupcake yang cukup mudah,senang,jimat...yang penting sedap dan tahan lama walaupun tanpa pengawet.
Sudah lebih 20tahun Che Ta gunakan resepi ini untuk jualan.Dari harga 40sen sebiji,sampai dah naik rm1 sebiji.Resepi ni Che Ta dapat dari seorang kawan,seorang ibu tinggal(betulll..kena tinggal).Dia bancuh adunan cupcake tu guna blender biasa je..Blender yang kita guna kisar cili.Tapi manalah tahan..Selang beberapa bulan,kena beli blender baru..Mana taknya,cupcake dia laku keras.
Dia bagi Che Ta resepi ni percuma saja.Tanpa bayaran walaupun sesen.Baik sungguh hati budinya.Semoga Allah sentiasa memberi rahmat ke atas kawan tadi.
Jadi Che Ta pun nak bagi percuma je resepi ni..Semoga dapatlah pahala amal jariah hendaknya.. :) AMINNNN...
jom tenguk gambar cupcakenya dulu..lembut,gebu,lembab..
Ini resepinya,semoga bermanfaat..Selamat mencuba..
RESEPI
CUP CAKE
10 biji telur (saizB)
420 g
gula halus
500g
tepung kek *
14g baking powder *
5g soda bikarbonat *
2/3 sudu besar
super sponge(ovelette)
1/3 cawan
sunquick
1 sudu teh
pewarna oren (optional)
430g
minyak masak
CARA:
Ayak bahan-bahan yang bertanda *.
Campurkan ke semua
bahan-bahan kecuali minyak.
Pukul sehingga kembang anggaran 10minit di dalam
mixer.
Gunakan had kelajuan tinggi.
Bila sudah kembang,masukkan minyak dengan kelajuan rendah
sekadar untuk
minyak sebati dengan
bancuhan tadi.
Masukkan ke dalam cawan kertas mengikut kesukaan.
Bakar selama 30minit,suhu 180c.
dapat brp biji ni cik Ta...?
ReplyDeletedapat dalam 40biji saiz sederhana..
ReplyDelete