Pages

Thursday, May 28, 2015

MAKANAN PEPEJAL BAYI (6-12bulan) YANG PASTI MOMMY SUKA BUAT..BABY PUN SUKA NAK MAKAN..

Assalammualaikum..

Che Ta hari ni suka nak kongsi beberapa resepi makanan bayi yang sangat berkhasiat dan senang dibuat ..Malah ibu-ibu yang sibuk bekerja juga mampu nak buat..
Che Ta dah takde anak kecil,cuma seronok nak berkongsi..hihi..Anak-anak semua dah besar-besar..Tapi adik-adik ramai yang ada baby.. Mana tau ada manfaatnya pada masa akan datang.. 
Memasak untuk anak ni tak boleh dipandang enteng..Besar manfaatnya..Pertamanya ada tautan hati antara ibu dan anak.. 
Anak-anak yang makan makanan hasil dari air tangan ibu ni ada rasa kerohanian yang tak dapat digambarkan.. Ingatan anak pada si ibu tadi akan kekal sehingga mereka besar..
Lagi satu..sudah pasti kebersihan dan kesucian makanan tadi terjamin..Jangan lupa untuk berselawat dan berdoa yang baik-baik ketika kita memasak..

Kumpulan resepi ini Che Ta ambil dari page KELAB IBU OHSEM.. Bolehlah like page tersebut iya untuk pelbagai info..

SELAMAT MENCUBA..



Kredit : page Kelab Ibu Ohsem

Resepi di dalam album ini khas untuk bayi yang baru nak kenal makanan pejal (solid food).

Kami juga kongsikan menu makanan yang sesuai sehingga berumur 1 tahun.

Semoga bermanfaat! grin emoticon







-- PUREE BETIK --

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: Tak Perlu
Cara Penyediaan : Kupas kulitnya. Lenyek dengan garfu. Boleh juga dicampurkan dengan susu ibu jika perlu. Betik mengandungi Vitamin C dan Beta-Carotene yang tinggi sebagai anti radang dan penguat imun sistem. Betik amat bagus untuk merawat anak sembelit, namun harus juga berhati-hati sebab kalau terlebih boleh sebabkan cirit-birit pula.

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html




- Puree Brokoli --
Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 20 Minit
Cara Penyediaan: Stim brokoli sehingga lembut. Boleh juga direbus tapi nanti khasiatnya turun ke air, rugi sikit la.

Masukkan brokoli yang dah lembut tadi ke dalam blender dan tambahkan sedikit air yang digunakan untuk stim tadi. Blend sehingga lembut. Tada! Siap!

Brokoli adalah sayur yang sangat berhasiat, sangat bagus untuk otak mahupun tulang kerana ia mengandungi kalsium yang sangat tinggi.

Namun begitu brokoli boleh menyebabkan kembung. Bukan sahaja baby malah orang dewasa macam kita pon boleh kembung, jadi jangan ambil dengan kuantiti yang banyak.

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html




-- Resepi Puree Mangga Dan Epal --

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 9 minit
Bahan-bahan: 100gm (4oz) mangga ranum, dikupas kulit dan dipotong kecil. 2 biji epal yang di potong kecil
Cara Penyediaan: Stim buah epal sehingga lembut. Campurkan epal dan mangga. Blend sehingga lembut.

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html



-- Puree Epal + Asparagus --

Masa penyediaan: 2 minit
Masak: 5 minit
Bahan-bahan: 1/2 biji epal yang dipotong kecil, 4 batang asparagus
Cara penyediaan: Masukkan epal dan asparagus ke dalam kuali yang mengandungi air, panaskan dan kacau sehingga empuk. Blend sehingga lembut.

Asparagus mengandungi khasiat yang sangat banyak. Termasuklah inulin, sejenis bahan yang tidak akan terhadam di dalam perut dan menyediakan persekitaran yang bagus untuk bakteria baik dalam perut

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html




-- Puree Pisang + Peach + Strawberry --

Masa penyediaan: 5 minit
Masak: 2 minit
Bahan-bahan: 1 biji pisang, 2 biji strawberi, 1 biji peach yang ranum.
Cara Penyediaan: Masukkan buah-buahan dalam kuali dan masak selama 2 minit. Blend dan siap!

Resepi Asal:
http://www.ibuzarith.com/2014/12/resepi-makanan-bayi-6-12-bulan.html




==Puree Avocado==
Teruja anak dah boleh makan? Tak tahu nak bagi apa dulu?
Cuba sediakan puri avocado- senang & tak perlu dimasak.

Cara-cara:

- potong avocado kepada dua bahagian
- keluarkan biji mengunakan pisau
- gunakan sudu untuk korek isi avocado yang dah masak
- lenyek menggunakan belakang garfu. Boleh juga diblend
- sebelum beri kepada bayi, masukkan expressed breastmilk supaya tidak terlalu pekat

---
The more you share, the more you get
LIKE FB page: Ummi's Favorites
website: www.RosAhmad.com

link asal:
http://rosahmad.com/avocado-makanan-pejal-pertama-bayi/




PURI KURMA
~~~~~~~~~~


Tempoh penyediaan : 10 minit

Bahan-bahan :

1) Kurma
2) Air secukupnya

Cara penyediaan :

1) Buang biji Kurma, rendamkan dalam air panas sekitar 5 minit untuk lembutkan dia.

2) Blend kurma sampai halus.

3) Sedia untuk diberikan pada baby smile emoticon

Antara kebaikan kurma kepada bayi :

1) Menguatkan ingatan
2) Kaya dengan serat dan potassium
3) Baik untuk merangsang otak
4) Menguatkan tulang
5) Membantu pembentukan gigi
6) Membantu atasi masalah usus dan sembelit

Selamat Mencuba!

Resepi asal di sini :
http://ummuayyash.com/589/resepi-puri-berkhasiat-untuk-bayi-6-hingga-12-bulan/


Friday, May 15, 2015

KOLEKSI RESEPI BISKUT RAYA~~RED PEARL COOKIES

Bulan Ramadan akan menjelang sebulan lagi..AHLAN WAHSAHLAN RAMADAN..Bulan yang ditunggu-tunggu..Bulan keampunan..Semoga kita sama-sama dapat berjumpa bulan yang mulia ini..

 Tahun ni Che Ta nak buat biskut lainlah pula.. Rasa macam jemu buat biskut yang sama setiap tahun.. Rasa-rasanya biskut ni senang dan sedap.. Che Ta nak simpan dalam blog dulu..Insyaallah akan buat untuk hariraya nanti..
JIka kawan-kawan pun berminat nak buat..Jom pakat sama-sama kita buat untuk keluarga tercinta.. :)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RED PEARL COOKIES

Resepi Oleh : Jaja FnR
Rujukan : Masam Manis


Bahan-bahan
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang
Cara Penyediaan
Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Please LIKE & SHARE Aneka Biskut Raya




SELAMAT MENCUBA..

Monday, May 11, 2015

3 JENIS RESEPI KUEY TEOW YANG SEDAP..GERENTI JADI

Hari ni terpandang resepi yang sedap dari air tangan CHEF ARM ..dalam muka buka gerenti sedap (chef arm).. Memang cair bila tengok gambar-gambar mee yang dimuat turun.. Jadi Che Ta nak simpanlah resepi tu di sini..Supaya tidak hilang dan boleh dicuba bila ada kelapangan nanti..Jom kita buat..:)




* Kuey Teow Kungfu.

Bahan A
400 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas


* Kuey Teow Ladna.
Bahan-bahan : -
• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.
Cara-cara
1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.
3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...




 Kuey Teow Kantonis.
• Bahan-bahan : -
1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )
isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )
2 keping fish cake dipotong nipis
1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi ( dipotong )
sedikit kobis ( dihiris halus )
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah
• Cara Penyediaannya : -
1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.