Buat Adilah..Ummi sentiasa bangga dengan kamu..Dapat 2A dan yang lain B dalam keputusan SPM 2014..dah cukup membuatkan Ummi bersyukur pada Allah..Bukan ini pengakhiran.Ini baru permulaan unuk melangkah lebih jauh..yang paling penting jadilah wanita solehah,berjaya di dunia dan akhirat..Aminnn..
Jom kita salin resepi..
KEK COKLAT LEMBAB
BAHAN A
2 CAWAN TEPUNG SERBA GUNA
2 CAWAN GULA HALUS (Che Ta guna 1 3/4 cawan)
1 CAWAN SERBUK KOKO
4 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
1 1/2 SUDU TEH BAKING SODA
3/4 SUDU TEH BAKING POWDER
SECUBIT GARAM
BAHAN B
1 CAWAN MINYAK SAYURAN
1 CAWAN KRIM MASAM (Che Ta guna plain yogurt)
4 BIJI TELUR (GRED B)
100 ml AIR SUAM
200 GRAM COKLAT BAR CINCANG/CHIPS (tak letak sebab kehabisan stok)
CARA-CARA MEMBUAT
*Satukan semua bahan A sehingga rata.
*Kemudian masukkan bahan B mengikut susunan ,minyak,krim masam,telur. Gaul rata.
*Masukkan air suam.Gaul rata.Di akhiri dengan masukkan potongan coklat masakan atau coklat cip.
*Masukkan adunan tadi ke dalam loyang saiz 9" yang telah siap dilenser dengan margerin dan dialas dengan kertas minyak pada dasar loyang.
*Bakar pada suhu 175 c dalam masa 55 minit atau sehingga masak.
CARA MEMBUAT TOPPING COKLAT
200 GRAM COKLAT MASAKAN
200 GRAM WHIPPING CREAM
Satukan ke dua-dua bahan.Masak di atas "double boiler" supaya coklat tadi tidak mudah hangus.
Apabila kek sudah sejuk,tuangkan topping tadi.
SELAMAT MEMCUBA..CUBA TAU..TAK CUBA TAK TAHU..
JOM TENGOK DALAM VIDEO NI..LAGI REAL..
Share, tq
ReplyDelete