Alhamdulillah,bengkel berjalan dengan lancar.Cuma Che Ta rasa bersalah dengan jiran-jiran sebelah menyebelah..Mesti bau roti yang harum semerbak tu membangkitkan selera..Rasa berdosa pula..huhu..Hak jiran perlu dijaga..Kenalah saling hormat menghormati...Barulah terasa seronoknya hidup berjiran..Begitu cantik Islam mengajar kita dalam adab bermasyarakat..
Jadi bagi menghilangkan rasa bersalah Che Ta,pagi-pagi tadi Che Ta dah menguli doh roti..
Kita bagi special sikit..Buat pizza..yesss..
Resepi asas roti Che Ta ni sesuai untuk diperbagaikan inti dan bentuk..Nak buat cheese bun,red bean bun,kaya bun,sosej roll dan macam-macam lagilah..
Dalam post yang lepas-lepas Che Ta dah bagi resepinya.Tapi sebab hari ni terlebih rajin,Che Ta tulis sekali lagi.. :)
RESEPI ASAS ROTI (SWEET BUN)
BAHAN-BAHAN:
500 gram tepung roti (high protein flour)
100 gram gula halus
7 gram garam
12 gram yis kering
5 gram bread improver
1 biji telur (gred A)
250ml air sejuk
75gram margarine
*pengilat – sebiji telur + sedikit garam +sedikit air
CARA:
Campurkan semua bahan-bahan kering.Gaul sebati.Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit.Apabila bahan tadi sudah menjadi seketul doh,masukkan margarine.Uli lagi sampai doh menjadi seketul yang cantik dan tidak melekat di dinding mixer.
Rehatkan doh sehingga menjadi 2 kali ganda saiz yang asal.Pastikan doh di tutup dengan kain bersih dan lembap.
Apabila doh sudah cukup naiknya,tumbuk2 doh tadi bagi menbuang angin di dalamnya.Sedia untuk dibuat berbagai-bagai jenis roti..
BAHAN-BAHAN TOPPING
* 10 Batang sosej (hiris)
* sedikit isi ayam (dicincang kasar ,diperap dengan sos lada hitam dan sos tiram dan digoreng sebentar).
* 1 tin cendawan butang (hiris)
* mozarella cheese
* cheddar cheese
* sos cili
* sos lada hitam
p/s: tadi Che Ta guna bahan-bahan di atas sahaja..Jika nak tambah bahan lain seperti lada benggala,bawang besar yang dihiris,tomato..boleh sahaja..suka-suka hari kita..
Nak buat sos untuk topping pun boleh..Che Ta punya bahan topping ni yang paling simple..
Ya ampunnnn...confirm sedap..nyumm nyummm..
Hasil doh yang baru siap diuli,kena rehatkan sehingga doh naik 2kali ganda saiz asal.
doh yang telah kembang saiz 2 kali ganda.
bahan-bahan topping yang digunakan
sapu cili sos dahulu,kemudian taburkan isi ayam dan sosej
kemudian letakkan sos lada hitam
taburkan mozarella dan cheddar cheese
bakar pada suhu 200c selama 20-25min (sehingga masak)
SELAMAT MENCUBA..