Pages

Wednesday, April 29, 2015

SEDAPNYA..NYUM-NYUM - JOM BUAT AISKRIM SENDIRI

Assalammualaikum.. Pagi tadi hujan turun renyai-renyai..Cuaca pun mendung je.. Masuk tengahari keluar matahari terik.. Panas menggigit kulit.. Macam itulah kehidupan kita di dunia ini, ada masa suka, ada masa sedih.. Ujian yang Allah beri semua tanda kasih sayangNya pada hamba-hambaNya.. Mahu kita semua selamat di Akhirat.. Agar kita tidak leka dengan dunia yang menggoda.

Cakap pasal menggoda, Che Ta dah tergoda bila melihat aiskrim yang enak dan cantik-cantik ini. Semuanya mampu membuatkan air liur meleleh. Dah terasa di tekak kesedapannya. Dengan rasa manis, masam, lemak berkrim dengan haruman buah-buahan terpilih,sesiapa pun pasti tergoda. Jom kita tengok gambar-gambar yang pasti membuatkan kita teruja hendak membuatnya.

Kredit kepada Page / DIY Handy Projects
Banyak info yang bagus-bagus di dalam page tersebut..Bolehlah jenguk-jenguk di page tersebut.



























MESTI SEMUA TERUJAKAN.. JOM KITA BUAT SAMA-SAMA..YANG PASTI KOSNYA LEBIH MURAH JIKA KITA BELI DI KEDAI.. 
SELAMAT MENCUBA..








Wednesday, April 15, 2015

10 JENIS MAKANAN TERBAIK HARUS DI MAKAN UNTUK MENDAPATKAN KULIT YANG CANTIK.

Mempunyai kulit yang cantik dan halus menjadi idaman semua orang. Ini menandakan kita berada di tahap kesihatan yang cukup baik. Kulit adalah organ manusia yang paling besar. Sering terdedah pada persekitaran yang tidak sihat dan tercemar. Oleh itu kulit memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk memastikan ianya cukup sihat.

Pakar pemakanan telah menyenaraikan 10 jenis makanan yang harus diambil untuk mendapat kulit yang sihat dan sempurna.

1. LADA BENGGALA MERAH




Lada benggala merah adalah sejenis sayuran yang boleh di makan mentah atau di masak. Sebiji lada ini memenuhi 100% keperluan harian vitamin C kita. Mengandungi fiber dan vitamin B6.
Tambahan lagi ia kaya dengan karotenoid yang boleh melambatkan proses penuaan dan membantu aliran darah menjadi lancar. Baik juga dalam proses mengecutkan jerawat.


2. COKLAT MASAKAN




Tahniah! Jika anda tidak jemu memakan coklat setiap hari. Ini adalah bonus kerana coklat kaya dengan antioksidan, asid lemak dan flavanol yang boleh menjadikan kulit anda berseri-seri. Antioksidan di dalam koko boleh membantu menghaluskan kulit di samping melindungi dari kerosakan akibat dari cahaya matahari. Koko juga meningkatkan aliran darah di dalam tubuh badan dengan membuatkan arteri darah lebih rileks.
Penting untuk anda memastikan kandungan koko adalah 80%,jangan kurang dari itu untuk mendapatkan kebaikan yang maksima.


3. IKAN SALMON



Salmon adalah makanan yang sangat baik untuk melawan tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Juga memenuhi keperluan harian vitamin D. Seperti yang kita sedia maklum ikan salmon memenuhi keperluan vitamin D harian tubuh kita. Kepentingan vitamin D pada manusia, memastikan jantung,tulang,kolon dan otak yang sihat.
Salmon juga kaya dengan omega 3, asid lemak yang sangat baik melawan radang,kedutan dan jerawat.
Tingginya kandungan omega-3 membantu kulit terhidrat dari luar dan dalam. Membantu juga kulit kepala menjadi lembab. Membantu rambut lebih sihat dan kuat..


4. MINYAK KELAPA



Minyak kelapa adalah salah satu sumber yang kaya dengan lemak tepu dengan kira-kira 90% daripada kalori sebagai minyak tepu.
 Ia mengandungi asid laurik, agen anti-bakteria dan anti-virus yang kuat yang dapat mengelakkan virus, jangkitan, keradangan dan jerawat.
 Minyak kelapa juga kaya dengan asid lemak yang diperlukan dan Vitamin E, yang sempurna untuk menjaga kulit anda lembap, lembut, dan bebas kedut.


5. TEH HIJAU



Teh hijau merupakan sumber antioksidan yang hebat dan asid amino yang unik, L-theanine membantu tubuh badan kita relak dan berehat dari sebarang tekanan.

Teh hijau yang dibancuh dengan air panas mampu mengeluarkan sejenis antioksidan yang terbukti anti-kanser dan anti-radang. Minumlah 3 cawan atau lebih sehari untuk mendapat keputusan yang lebih baik.


6. BAYAM



Pastikan anda memasukkan bayam sebagai diet harian kerana ia adalah makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien. Sumber zat besi,folat,klorofil,vitamin E, magnesium, vitamin A, serat, protien tumbuhan dan vitamin C.
Pastinya anda memiliki kulit yang menawan kerana kandungan vitamin C, E dan A yang kaya antioksidan.


7. BIJI-BIJIAN



Biji Chia, biji rami, biji bunga matahari, biji labu, dan biji flaks adalah BIJI-BIJIAN yang hebat untuk kulit anda. Biji labu dan biji bunga matahari kedua-duanya kaya dengan selenium, Vitamin E, magnesium dan protein. Selenium dan protein mampu menghindar jauh kedutan pada kulit wajah., 

Vitamin E meningkatkan kelembapan pada kulit anda dan magnesium mengurangkan tahap tekanan anda. Omega 3 asid lemak yang sihat ada didalam flaks, dan benih chia hem adalah sangat sempurna mencegah kedutan dan jerawat.Juga, biji ini kaya dengan protein.


8. DAUN SADERI




Satu lagi makanan yang harus dimakan setiap hari untuk mendapat  kulit yang sempurna adalah saderi. Ramai di antara kita memandang rendah veggie ini, tetapi saderi mengandungi Vitamin K yang dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
 Ini boleh mengurangkan tahap tekanan anda, dan seperti yang anda tahu tekanan boleh menyebabkan kulit buruk, migrain dan juga kanser.


9. BETIK



Betik adalah buah-buahan yang unik yang mempunyai sejarah yang kaya dan banyak faedah nutrisi. Ia adalah sangat rendah kalori (hanya 39 kalori per 100 g!) Dan juga tidak mengandungi kolesterol. Jadi, jika anda cuba untuk menurunkan berat badan, mempertimbangkan makan betik setiap hari untuk memaksimumkan manfaat kesihatan.


10. LOBAK MERAH



Lobak bukan sahaja baik untuk mata anda, tetapi juga untuk kulit anda. Sangat baik untuk membersihkan jerawat. Lobak merah kaya dengan vitamin A dan membantu mencegah pengeluaran sel-sel yang berlebihan di lapisan luar kulit.Di mana sebum berlebihan bergabung dengan sel-sel mati dan menghasilan liang rongga yang besar pada wajah.

Satu lagi sebab yang baik mengapa lobak merah sepatutnya menjadi makanan snek adalah kerana Vitamin A mengurangkan perkembangan sel-sel kulit-kanser.

INILAH HASIL KAJIAN PAKAR PEMAKANAN DARI BARAT..NAMUN JANGAN LUPA, DIDALAM PEMAKANAN ISLAM JUGA ADA  GARIS PANDUAN PEMAKANAN YANG BOLEH KITA IKUTI..
Jom sama-sama kita lihat video yang cukup menarik ini..penerangan dari Ustazah Norhafizah Musa tentang pemakanan sihat dari perspektif Islam

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------